General Packet Radio Service atau lebih dikenali sebagai GPRS merupakan satu lagi perkhidmatan tanpa suara terkini yang disediakan kepada pengguna telefon mudahalih selain perkhidmatan SMS dan WAP. Dijangkakan teknologi baru ini bakal menggantikan WAP dalam penggunaan Internet tanpa kabel.
Terdapat beberapa kelebihan pada GPRS yang menyebabkannya menjadi cepat popular di kalangan pengguna Internet tanpa wayar.
1. Kelajuan
Secara teorinya teknologi GPRS ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 171.2 Kbps menggunakan kelapan-lapan slot masa pada masa yang sama. Kelajuan penghantaran data bagi teknologi jauh mendahului kaedah penghantaran data secara wayarles yang lain seperti CDMA (11 hingga 12 Kbps) dan WAP yang menggunakan GSM (9.6 Kbps). Dengan membenarkan data dihantar lebih pantas, ia boleh mengurangkan kos servis penghantaran data jika dibandingkan dengan SMS dan Circuit Switched Data.
2. Penyambungan serta-merta.
GPRS menyediakan penyambungan Internet serta-merta tanpa henti selama 24 jam sehari. Berbanding teknologi WAP yang menyediakan maklumat terhad kepada pelanggan, GPRS dikatakan mampu memindahkan data, gambar serta grafik pada kapasiti yang lebih besar.
3. Aplikasi baru yang lebih baik
Beberapa aplikasi baru yang sudah semestinya menyediakan perkhidmatan lebih baik telah dibangunkan dengan mengkaji keterhadan yang wujud dalam GSM (kelajuan pada 9.6 kbps sahaja) serta panjang pesanan yang tidak boleh melebihi 160 karekter dalam SMS. Dengan adanya aplikasi-aplikasi baru ini, hampir semua aplikasi yang digunakan dalam PC kini boleh dilaksanakan dalam rangkaian telefon mobil. Ini merangkumi aplikasi korporat dan aplikasi umum. Antara aplikasi yang dilaksanakan:-
· Chat
Menyediakan perkhidmatan yang sama seperti di Internet di mana sekumpulan pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
· Maklumat berbentuk teks dan visual
Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari telefon mudahalih secara langsung samada senarai harga saham, maklumat penerbangan, cuaca, berita terkini, peringatan solat serta banyak lagi. Ia tidak semestinya dalam bentuk teks, boleh jadi juga dalam bentuk peta, graf mahupun pelbagai maklumat visual lain.
· Imej tetap
Pelbagai imej tetap (statik) seperti foto, gambar, e-poskad, e-kad boleh dihantar dan diterima menerusi telefon bimbit.
· Imej bergerak
Dengan teknologi yang berkembang pesat, industri wayarles mungkin berkembang dari pesanan teks kepada ikon dan pesanan bergambar malahan pesanan bervideo dan preview filem boleh dimuatturun ke telefon bimbit menggunakan cara data stream. Ini boleh dilaksanakan kerana ciri-ciri yang ada pada GPRS.
· Melayari laman web
Sebelum ini, melayari laman web merupakan sesuatu yang tidak efisyen untuk dilaksanakan melalui telefon bimbit kerana kelambatan proses memuatturun dan memuatnaik data mengambil masa yang lama. Jika adapun hanya terhad dalam bentuk teks sahaja kerana jika memuatturun gambar lebih lama, tetapi dengan adanya teknologi GPRS ini memungkinkan telefon bimbit menjadi salah satu asset penting dalam perkembangan dunia Internet.
· Email korporat
Setiap pekerja perlu sentiasa berhubung dengan pejabat samada mereka berada di dalam mahupun jauh menggunakan system email korporat syarikat mereka. Ini samada menggunakan LAN, Microsoft Outlook, Lotus Notes dan sebagainya. Dengan adanya GPRS ini maka urusan ini menjadi lebih mudah.
· Email Internet
Ia membolehkan pengguna Internet diingatkan sebaik sahaja ada email baru tiba kerana dengan cara yang lama pengguna perlu mendail ke peti surat mereka dari semasa ke semasa untuk mengetahui samada ada email baru atau tidak.
· Kenalpasti lokasi kenderaaan
Global Positioning System (GPS) merupakan rangkaian percuma yang disediakan oleh 24 satelit di bawah seliaan Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Sesiapa sahaja yang memiliki alat menerima (receiver) boleh mengetahui kedudukan kenderaan mereka melalui satelit. Ini amat penting untuk mengesan kenderaan yang dicuri atau disewa. SMS digunakan untuk menghantar maklumat kedudukan kenderaaan seperti longitud, altitud dab bearing. Sebagai alternatif GPRS boleh digunakan.
· Akses ke rangkaian LAN
Bagi pekerja yang berada jauh dari meja pejabat, mereka tetap perlu berhubung dengan rangkaian LAN di pejabat mereka. Dengan adanya terminal mobil, mereka masih mampu akses ke rangkaian dan mendapatkan email korporat mererkawalaupun tanpa laptop atau notebook.
· Pemindahan fail
Data boleh dipindahkan tanpa had saiz. Sumber maklumat ini boleh jadi salah satu daripada method komunikasi Internet samada FTP, telnet, http mahupun Java. Oleh kerana itu, sesebuah telefon itu perlu dilengkapi dengan teknologi GPRS.
· Rumah pintar
Gabungan dari aplikasi automatik di rumah dan kawalan keselamatan dari jauh (remote control). Secara asasnya,kita boleh mengawasi rumah dari mana sahaja kita berada menggunakan telefon mudah alih kita.
Setakat ini teknologi GPRS ini telah diimplimentasikan di Amerika Syarikat oleh AT&T Wireless. Di Malaysia sendiri, teknologi GPRS sendiri masih dalam tempoh percubaan di mana ia cuba diaplikasikan dalam perkhidmatan telefon mudahalih oleh syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis dan Celcom.
0 Response to "Teknologi Pada GPRS"
Post a Comment